Thursday 2 January 2014

Program Mahabbah Rasulullah SMK Meranti 1435 Hijriah

Asslamualikum warahmtullahi wabarakatuh,

p/s : Sudahkah Anda Berselawat Ke Atas Baginda?
Jom sama2 ucapkan :
اللهم صل على سيدنا محمد    اللهم صل عليه وسلم

Alhamdulillah, kita ditakdirkan bersua kembali dengan bulan yang cukup Istimewa iaitu Bulan Kelahiran Rasulullah SallaLlahu alihi wasallam...yang mana ianya jatuh pada Hari Jumaat bersamaan 3 Jan 2014 M. Seperti kebiasaanya, kita akan mengadakan Majlis untuk mengagung2kan Insan Istimewa ini.. 

Anugerah Allah kepada kita semua...tanda ingatan yag tidak berbelah bahagi, tanda cinta dan kasih kita kepada Baginda Nabi. Kepada seluruh warga warga SMK Meranti, rakan2 sahabat dan anak2 didik bolehlah memberikan cadangan aktiviti kepada Unit Agama untuk kita laksanakan nanti.

Program telah ditetapkan pada:

Tarikh : 21 Rabiul Awwal 1435 H bersamaan 23 Januari 2014
Hari    :  Khamis
Masa  : 7.40 am hingga 2.00pm

Tentatif Program:
Masa
Acara
7.30 pg
Berkumpul di Dewan.
Lagu Rasmi Sekolah
Perasmian Oleh Tuan Pengetua
8.00 pg
Perarakan Berselawat
(bermula dari Dewan & balik ke Dewan)
-  Penilaian Spanduk;
        1. Kelas (banner)
        2. Manila Kad (induvidu)
9.00 pg
Acara Pentas;
- Bacaan Ayat Suci Al Quran/Doa
- Acara Kuiz Maulidurrasul
10.00 pg
Rehat
10.30 pg
Pelajar Berkumpul di Dewan Cendekiawan
- Pembacaan Biodata & Sirah Ringkas Rasulullah
- Persembahan Nasyid/Qasidah diselangseli dgn;
- Deklamasi Sajak Cinta Rasul
11.30 pg
Tausiyah Mahabbah Rasulullah
Diiringi/selangseli dgn Alunan Qasidah Burdah
01.00 tghr
Bacaan Berzanji dan Selawat Beramai-ramai.
01.15 tghr
Jamuan
02.00 ptg
Bersurai

Kepada muslimin dan muslimat yang sudi menginfak untuk Majlis Mahabbah Rasulullah ini boleh lah menghubungi kami.

Sekiranya anda ada idea dan cadangan lain bolehlah membuat catatan di ruangan komen di bawah. atau emelkan kepada unitkeagamaan@gmail.com.

Sekian Terima Kasih..


No comments:

Post a Comment